POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Polisi Perlindungan ini dikeluarkan oleh Dakwah Global Sdn Bhd (201901038783). Dakwah Global Sdn Bhd adalah komited dalam melindungi Data Peribadi (seperti yang ditafsirkan selepas ini) selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) Malaysia. Kami mengendali, mengurus, melindungi dan memproses Data Peribadi (seperti yang ditafsirkan selepas ini) anda yang diperoleh ketika berurusan dengan Dakwah Global Sdn Bhd dan dimana Data Peribadi tersebut akan dikendali, diurus, dilindungi dan diproses selaras dengan Polisi Perlindungan ini seperti yang dinyatakan di dalam laman web kami.

Polisi Perlindungan ni bertujuan bagi membantu anda memahami bagaimana Dakwah Global Sdn Bhd serta wakil dan/atau ejennya (secara kolektif dirujuk di sini sebagai “Dakwah Global Sdn Bhd”) mengumpul, mengguna, mendedah dan/atau memproses Data Peribadi yang anda berikan.

Definisi

  1. Data Peribadi

Dalam Polisi Perlindungan ini, Data Peribadi bermaksud semua data yang termasuk dalam definisi maklumat peribadi, data peribadi, maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan undang-undang yang berkaitan dengan perlindungan, privasi dan keselamatan, pengumpulan, penggunaan atau pendedahan maklumat pengenalan diri atau yang lain (secara kolektif dirujuk di sini sebagai “Undang-Undang Perlindungan Data”), semua maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi termasuk nama, kediaman atau alamat perniagaan, alamat e-mel, nombor telefon, nombor akaun, nombor kad bank, pasport, atau nombor pengenalan dan semua maklumat lain yang berkaitan dengan maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi.

Data Peribadi ini diperolehi sama ada melalui borang dan/atau laman web dan/atau mana-mana media lain (secara kolektif dirujuk di sini sebagai “Platform) yang mana Dakwah Global Sdn Bhd dianggap perlu diberikan bagi membekalkan Produk/Perkhidmatan kepada anda dan mematuhi semua Undang-Undang Perlindungan Data yang berkaitan.

  1. Pelanggan Data

Pelanggan Data adalah individu atau syarikat, organisasi, atau agensi lain yang membuat keputusan secara individu atau bersama dengan pihak ketiga mengenai tujuan dan cara memproses Data Peribadi.

  1. Pemproses Data

Pemproses Data adalah individu atau syarikat, organisasi atau agensi lain yang memproseskan Data Peribadi bagi pihak Pelanggan Data.

  1. Sub-Pemproses Data

Sub-Pemproses Data adalah seseorang rakan kongsi kontrak Pemproses Data yang terlibat dalam menjalankan pemprosesan khusus bagi pihak Pelanggan Data.

  1. Pihak Ketiga

Pihak Ketiga adalah individu atau syarikat, pihak berkuasa, agensi atau perbadanan selain yang ditafsirkan di dalam Perjanjian ini sebagai Pelanggan Data, Pemproses Data dan Sub-Pemproses Data dan dimana Pihak Ketiga ini diberi kuasa untuk memproses Data Peribadi tersebut.

  1. Produk/Perkhidmatan

Produk/Perkhidmatan yang dimaksudkan di dalam Polisi Perlindungan ini adalah perkhidmatan penjualan produk dan modul pembelajaran Dakwah Global Sdn Bhd yang dibekalkan dan/atau diberikan kepada anda yang melibatkan sebarang urusan dengan pihak Dakwah Global Sdn Bhd.

Pendahuluan

Dengan memberikan dan/atau menyerahkan Data Peribadi, maklumat dan dokumen kepada kami dan/atau mengunjungi laman web dan/atau mana-mana media lain (secara kolektif dirujuk di sini sebagai “Platform) kami atau dengan berinteraksi dengan kami atau mendaftar dengan kami atau terus menggunakan perkhidmatan kami, anda telah membaca dan menerima terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Polisi Perlindungan ini dan anda telah memberikan persetujuan dan kebenaran kepada kami untuk mengumpulkan, menggunakan, mengakses, memindahkan, menyimpan, mendedahkan dan memproses Data Peribadi tersebut. Anda seterusnya telah memberi persetujuan dan memberi kebenaran kepada kami untuk mendapatkan dan mengesahkan maklumat mengenai anda.

Sekiranya anda memberikan Data Peribadi pihak ketiga kepada kami, anda menjamin, menyatakan dan memberi representasi kepada kami, bahawa anda telah memperolehi persetujuan pihak ketiga yang diperlukan untuk memproses Data Peribadi yang berkenaan oleh kami dengan cara yang dinyatakan di sini. Kami merizabkan hak untuk mengubah, mengemas kini dan/atau meminda Polisi Perlindungan ini dari semasa ke semasa dan pengubahsuaian, kemas kini dan/atau pindaan tersebut akan diterbitkan di platform ini.

Penggunaan perkhidmatan kami yang berterusan akan mengesahkan bahawa anda bersetuju dan menerima pengubahsuaian, kemas kini dan pindaan tersebut.

Syarat-syarat lain

Terma-terma yang digunakan dalam Polisi Perlindungan ini seperti pemprosesan, pengalihan data, kategori-kategori data, pelanggaran data peribadi dan langkah-langkah teknikal dan organisasi akan membawa maksud-maksud asal terhadapnya termasuk maksud-maksud yang relevan dan munasabah dalam mana-mana Undang-Undang Perlindungan Data.

Polisi Perlindungan ini adalah polisi yang menetapkan pengendalian terhadap Data Peribadi anda mana berlakunya urusan dengan pihak Dakwah Global Sdn Bhd (termasuk permintaan kami untuk maklumat-maklumat dan/atau dokumen-dokumen) antara Dakwah Global Sdn Bhd dan Polisi Perlindungan ini juga akan digunakan sebagai tambahan terhadap terma-terma dan syarat-syarat kepada mana-mana atau apa-apa Produk/Perkhidmatan yang dibekalkan oleh Dakwah Global Sdn Bhd.

Pengumpulan Data Peribadi Anda

Anda sebagai penerima kepada Produk/Perkhidmatan Dakwah Global Sdn Bhd mengakui, mengesahkan dan memberikan persetujuan kepada Dakwah Global Sdn Bhd untuk mengumpulkan maklumat-maklumat daripada anda pada mana-mana masa termasuk (tetapi tidak terhad kepada):-

  1. Apabila anda mengisi maklumat melalui borang dan/atau mendaftar di laman web kami dan/atau mana-mana media lain (secara kolektif dirujuk di sini sebagai “Platform) dengan maklumat-maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan atau paspot, emel, nombor telefon, umur, tarikh lahir, jantina, warganegara, alamat tempat tinggal, maklumat perhubungan, maklumat rangkaian sosial untuk menyambungkan butir-butir dengan maklumat akaun dan segala maklumat-maklumat yang relevan;
  2. Apabila anda menandatangani Perjanjian kepada sebarang perkhidmatan dengan kami;
  3. Apabila anda menggunakan Produk/Perkhidmatan Dakwah Global Sdn Bhd dengan mendaftarkan maklumat seperti maklumat akaun, butiran akaun bank termasuk maklumat transaksi-transaksi terdahulu dengan Dakwah Global Sdn Bhd;
  4. Apabila anda memberikan dokumen-dokumen pengenalan seperti (Kad Pengenalan, Paspot, , Visa dan/atau apa-apa bukti identifikasi dan bukti alamat;
  5. Kami melakukan semakan yang diperlukan terhadap anda melalui apa jua forum dan/atau media dan/atau pangkalan data;
  6. Semasa anda mengemukakan Data Peribadi anda kepada kami atas alasan yang lain; dan
  7. Dari sumber-sumber lain di mana anda telah memberi kebenaran kepada pendedahan Data Peribadi anda.

Tanggungjawab dan Liabiliti Dakwah Global Sdn Bhd

Dakwah Global Sdn Bhd sebagai Pelanggan Data dan Pemproses Data akan bertanggungjawab terhadap segala taksiran sama ada Data Peribadi boleh diproseskan secara sah serta melindungi hak-hak anda selaras dengan Undang-Undang Perlindungan Data.

Dakwah Global Sdn Bhd akan memastikan dalam skop tanggungjawabnya bahawa segala keperluan undang-undang adalah dipatuhi termasuk memperoleh segala persetujuan daripada anda agar Dakwah Global Sdn Bhd boleh membekalkan Produk/Perkhidmatan melalui cara yang tidak melanggar undang-undang, regulasi-regulasi ataupun peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Dakwah Global Sdn Bhd akan memproses Data Peribadi bagi tujuan perlaksanaan Produk/Perkhidmatan (kecuali di mana arahan-arahan dan/atau persetujuan yang didokumentasikan diperoleh dari anda) dalam apa jua cara yang diperlukan untuk melaksanakan Produk/Perkhidmatan dan tidak menyebabkan Dakwah Global Sdn Bhd melanggar apa-apa undang-undang, regulasi-regulasi atau peraturan-peraturan yang relevan.

Sekiranya suatu undang-undang wajib dipatuhi menghalang Dakwah Global Sdn Bhd daripada mematuhi dengan arahan-arahan anda atau memerlukan Dakwah Global Sdn Bhd untuk memproseskan dan/atau menzahirkan Data Peribadi kepada Pihak Ketiga, Dakwah Global Sdn Bhd dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda tentang keperluan perundangan ini dalam tempoh yang munasabah kecuali di mana Dakwah Global Sdn Bhd dilarang dari segi undang-undang untuk memaklumkan kepada anda.

Pendedahan Data Peribadi

Segala Data Peribadi yang diperolehi Dakwah Global Sdn Bhd daripada Produk/Perkhidmatannya adalah sulit di mana Dakwah Global Sdn Bhd tidak akan memberikan atau membolehkan Data Peribadi ini didapati oleh mana-mana Pihak Ketiga tanpa persetujuan anda kecuali di mana Dakwah Global Sdn Bhd menggunakan Data Peribadi untuk tujuan membekalkan Perkhidmatannya di mana Sub-Pemproses akan mematuhi Polisi Perlindungan Dakwah Global Sdn Bhd bersama-sama dengan segala keperluan ketidakdedahan maklumat sulit.

Dakwah Global Sdn Bhd akan memastikan bahawa mana-mana pihak yang memiliki akses kepada Data Peribadi anda termasuk kakitangan Dakwah Global Sdn Bhd dalam melaksanakan tanggungjawab pekerjaan mereka adalah berdasarkan keperluan pengetahuan di mana maklumat tersebut akan disimpan secara sulit.

Dakwah Global Sdn Bhd akan memastikan bahawa segala bentuk-bentuk teknikal akan disimpan rapi dan ditetapkan sebagai sulit bagi melindungi Data Peribadi daripada kecuaian kehilangan, kerosakan, perlupusan, perubahan, penzahiran tanpa otoriti ataupun akses terutamanya dimana pemprosesan meliputi penghantaran data melalui rangkaian dan daripada apa-apa bentuk pemprosesan yang menyalahi undang-undang.

Dengan mengambil kira darjah, sifat, skop, konteks dan tujuan pemprosesan dan juga risiko kemungkinan dan keseriusan hak-hak dan kebebasan Syarikat, Dakwah Global Sdn Bhd komited bahawa langkah-langkah teknikal yang sesuai telah dilaksanakan dalam memastikan kesulitan, integriti, ketersediaan dan daya tahan terhadap sistem-sistem pemprosesan dan Produk/Perkhidmatan.

Dakwah Global Sdn Bhd bertekad bahawa pihak Syarikat telah menyediakan prosedur-prosedur untuk mengawal dan mengenal pasti apa-apa akses tanpa kebenaran atau yang tidak sah terhadap pelangganan Data Peribadi. Ini termasuk pemeriksaan kerap, penilaian untuk memastikan sekuriti dalam pemprosesan atas dasar yang berterusan selaras dengan panduan-panduan yang telah ditetapkan.

Permintaan untuk Akses dan/atau Pembetulan Data Peribadi

Pihak Dakwah Global Sdn Bhd memberi kebebasan kepada anda untuk mengubah, meminda, mengemaskini dan membetulkan maklumat-maklumat Data Peribadi masing-masing.

Anda juga berhak untuk menyemak sama ada kami menyimpan apa-apa Data Peribadi terhadap anda dan akses terhadap apa-apa Data Peribadi terhadap anda.

Pemindahan Data Peribadi Di Luar Malaysia

Sekiranya perlaksanaan Produk/Perkhidmatan melibatkan permindahan Data Peribadi ke luar negara, pemindahan Data Peribadi tersebut akan tertakluk dengan keperluan yang ditentukan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) atau undang-undang perlindungan data yang terpakai bagi memastikan pembekal Produk/Perkhidmatan memberikan perlindungan terhadap data peribadi tersebut.  Dakwah Global Sdn Bhd akan mengambil langkah-langkah yang munasabah yang diperlukan bagi memastikan data peribadi anda tetap dilindungi.

Kemaskini ke atas Polisi Perlindungan ini

Dakwah Global Sdn Bhd dari semasa ke semasa boleh meminda terma-terma di dalam Polisi Perlindungan ini, mengikut budi bicara mutlak kami, bagi memastikan Polisi Perlindungan ini selaras dengan perkembangan di masa hadapan dan/atau mana-mana perubahan dalam keperluan undang-undang atau peraturan. Tertakluk kepada hak-hak anda berdasarkan undang-undang, anda bersetuju untuk terikat (‘bound’) dengan terma-terma lazim (‘prevailing terms’) di dalam Polisi Perlindungan ini seperti yang dikemaskini dari semasa ke semasa.

Hubungi kami

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklum balas berkaitan dengan Data Peribadi anda atau mengenai Polisi Perlindungan ini, sila hubungi kami di talian +6012-2521565 atau emel kami di admin@hayydeen.com.

error: Content is protected !!
Scroll to Top